Sunday, October 31, 2010

BAGAIMANA BERHENTI PAKAI CERMIN MATA



Tahun 1995 dahulu, mata saya dah mula rabun. Pergi periksa berkomputer, saya kena pakai cermin mata, power 250 lebih. Buat cermin mata waktu itu RM 380, itu pun pakai bingkai murah saja. Mula saya rasa rimas pakai cermin mata, aktiviti lasak saya seperti latihan tentera dan sukan ping pong semakin terbatas sikit.
.
Saya teringat ubat Qurataaini yang katanya boleh kurangkan power cermin mata, hingga orang yang dah pakai pun bole tak pakai semula. Saya pun beli ubat tu di Temerloh, waktu itu ubat itu baru saja popular di Temerloh, serupa juga orang Sri Medan  yang kenal minyak Dakam.
.
Saya ke rumah Ustaz Fairuz di Kampung Lebak Temerloh dan berjumpa dengannya. Dia cadangkan saya pakai ubat itu yang berharga RM 12, dia kasi diskaun RM 10 sebab saya baru nak cuba ubat itu. Selepas beberapa minggu, kesannya cukup nampak. Saya sudah mula tidak pakai cermin mata. Sejak dari itu saya tidak pakai lagi cermin mata, malah sehingga sekarang satu tak tahu di mana saya simpan cermin mata yang saya beli RM 380 dahulu.Menurut nasihat Ustaz Fairuz itu, mata saya mungkin ada selaput yang menutupi. Ini biasa berlaku sama ada disebabkan kencing manis atau kolestrol atau lemak atau resdung. Ada juga yang tidak perlu pembedahan mata selepas menggunakan ubat ini.
.
Sekarang pusat pengedaran ubat sudah pindah ke Kuantan dengan kedainya di MPK Kuantan. Saya singgah di Kuantan dalam perjalanan ke Terengganu. Sempat saya beli ubat 2 botol yang berharga RM 12.90, untuk kegunaan setahun. Pengedar ubat ini ada di seluruh Malaysia dan ada dijual di kedai-kedai jamu.
.
Anda percaya atau tidak, 14 tahun lalu pakai cermin mata, sekarang tidak lagi. Mungkin ramai yang takut mencuba kerana mata ini satu organ yang sensitif dan orang kita takut mencuba, tapi saya telah buktikan. Ubat ini ada beberapa harga, untuk kegunaan biasa RM 4.50 dan RM 7.20 saja untuk kegenaan cuci mata, yang ada masalah power macam saya dulu RM 12.90, yang power lebih 500 ke atas disyorkan harga RM 52.00 yang power lebih 700 harganya RM 178.20, power 1000 ke atas harganya RM 488.

Pengalaman saya, ubat ini ada pedih sikit tetapi untuk tidak pedih, pejamkan mata dalam 20 saat sebelum buka. Ubat ini tidak bahaya kalau pakai banyak kali, malah lebih baik. Seperkara lagi, kalau power cermin mata sudah turun, boleh berhenti  pakai ubat ini. Saya cuma menggunakan setahun dalam beberapa hari saja.
.
Ada ramai orang yang dulunya pakai cermin mata tapi sekarang tidak lagi selepas guna ubat ini. Saya tidak ada kepentingan dalam bisnes ubat ini, cuma saya nak beritahu ubat ini bagus. Sekarang sudah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu lanjut tentang ubat ini sila lawat http://www.qurrotaaini.com.my/  ,
boleh juga tengok video
 http://www.youtube.com/watch?v=_VBKW5FtAnY&feature=player_embedded .
selamat mencuba, insyaallah berkesan.


Kedai di MPK Kuantan yg saya pergi baru-baru ini

BAGAIMANA BUAT TEH TARIK ?

Sebelum cerita cara buat teh, nak cerita dulu kisah benar......
Ada satu kedai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, makanannya sedap tapi tehnya tidak menjadi. Saya lihat pelanggannya pada sebelah pagi tidak begitu ramai. Saya pun jarang ke situ sebab tehnya tak sedap, saya minum teh O saja di kedai itu.
.
Suatu hari (kira-kira 2 tahun lalu) saya berbual dengan tauke kedai itu tentang cara-cara buat teh tarik yang betul. Sebelum tu, saya puji masakannya yang sedap tetapi saya tanya soalan, kenapa pelanggannya tak ramai seperti restoran mamak di sana.... Saya kata sebab teh dia tidak sesedap teh mamak. Saya kata, ramai orang yang setiap pagi akan cari teh yang baik dahulu sebelum ambil kira msakan sedap atau tidak.Terus saya ajar dia cara-cara buat teh satu persatu. Tapi dia nampaknya macam tidak puashati dengan teguran saya, saya tak berapa kisah. Mungkin dia berkecil hati. ....Tapi saya fikir, teguran saya ikhlas, suatu hari dia mesti terfikir apa yang saya cakapkan ini.
.
Tak lama selepas itu (lebih kurang 2 bulan), saya datang ke kedai itu,saya minta teh O, tapi dia tanya saya, kenapa tak minum teh tarik ? Dia kata, ada pekerja baru yang buat air, dulunya pekerja ini bekerja di sebuah warung di Kuala Lumpur. Saya terus minta teh tarik, sekadar nak cuba dan menyedapkan hatinya. Bila minum, saya  rasa kelainannya, rasa memang sedap. Sejak itu,kedai makannya ramai pelanggan, saya percaya,  antara faktornya adalah teh yang sedap di samping makanannya.
.
Pengajarannya, seseorang tauke jangan rasa dia sudah sempurna, pandangan pelanggan juga perlu dihormati. Memang betul, dia dah lama dalam dunia perniagaan warung dan kedai makan tetapi tak semestinya dia memenuhi citarasa pelanggan. Ramai orang Melayu marah kalau kedai mamak yang ramai pelanggan (tak percaya, sila pergi ke restoran Osman di hadapan petronas Bandar Baru Uda atau di belakang Maidin Bandar Baru Uda). Nak kata kedai mamak makanannya sedap, tidak juga tapi teh dia berjaya menarik pelanggan. Ok, hari ini saya buka rahsia buat teh tarik......

BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Boleh juga guna teh cap masjid atau istana, atau serbuk teh tarik lain yang dijual secara timbang kilo (biasa untuk kedai makan). Jangan guna teh boh biasa atau teh Lipton, pasti tak menjadi.Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).


CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil. Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

PERHATIAN:
1. Jangan minum teh tarik kalau ke  kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, pasti teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
7. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah  pagi saja satu gelas.
8. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA
SELAMAT HARI RAYA KEPADA PENIAGA TEH TARIK SEKALIAN..

Saturday, October 30, 2010

Bagaimana nak kurus tanpa ubat-ubatan!

let uoll..meh kita diet sama-sama...mari....

1. JANGAN BERLAPARMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGASMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAMPengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGIAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHANNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECILKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAHSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARISimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSINGBerat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan BuncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.