Sebelum cerita cara buat teh, nak cerita dulu kisah benar......
Ada satu kedai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, makanannya sedap tapi tehnya tidak menjadi. Saya lihat pelanggannya pada sebelah pagi tidak begitu ramai. Saya pun jarang ke situ sebab tehnya tak sedap, saya minum teh O saja di kedai itu.
.
Suatu hari (kira-kira 2 tahun lalu) saya berbual dengan tauke kedai itu tentang cara-cara buat teh tarik yang betul. Sebelum tu, saya puji masakannya yang sedap tetapi saya tanya soalan, kenapa pelanggannya tak ramai seperti restoran mamak di sana.... Saya kata sebab teh dia tidak sesedap teh mamak. Saya kata, ramai orang yang setiap pagi akan cari teh yang baik dahulu sebelum ambil kira msakan sedap atau tidak.Terus saya ajar dia cara-cara buat teh satu persatu. Tapi dia nampaknya macam tidak puashati dengan teguran saya, saya tak berapa kisah. Mungkin dia berkecil hati. ....Tapi saya fikir, teguran saya ikhlas, suatu hari dia mesti terfikir apa yang saya cakapkan ini.
.
Tak lama selepas itu (lebih kurang 2 bulan), saya datang ke kedai itu,saya minta teh O, tapi dia tanya saya, kenapa tak minum teh tarik ? Dia kata, ada pekerja baru yang buat air, dulunya pekerja ini bekerja di sebuah warung di Kuala Lumpur. Saya terus minta teh tarik, sekadar nak cuba dan menyedapkan hatinya. Bila minum, saya rasa kelainannya, rasa memang sedap. Sejak itu,kedai makannya ramai pelanggan, saya percaya, antara faktornya adalah teh yang sedap di samping makanannya.
.
Pengajarannya, seseorang tauke jangan rasa dia sudah sempurna, pandangan pelanggan juga perlu dihormati. Memang betul, dia dah lama dalam dunia perniagaan warung dan kedai makan tetapi tak semestinya dia memenuhi citarasa pelanggan. Ramai orang Melayu marah kalau kedai mamak yang ramai pelanggan (tak percaya, sila pergi ke restoran Osman di hadapan petronas Bandar Baru Uda atau di belakang Maidin Bandar Baru Uda). Nak kata kedai mamak makanannya sedap, tidak juga tapi teh dia berjaya menarik pelanggan. Ok, hari ini saya buka rahsia buat teh tarik......
BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Boleh juga guna teh cap masjid atau istana, atau serbuk teh tarik lain yang dijual secara timbang kilo (biasa untuk kedai makan). Jangan guna teh boh biasa atau teh Lipton, pasti tak menjadi.Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).
CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil. Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.
PERHATIAN:
1. Jangan minum teh tarik kalau ke kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, pasti teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
7. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah pagi saja satu gelas.
8. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA
SELAMAT HARI RAYA KEPADA PENIAGA TEH TARIK SEKALIAN..
Gimana cara milih bahan teh tarik biar lezat dan enak mas? Aku suka banget soalnya jadi kepengin racik sendiri.
ReplyDeleteMacam mana nak buat rasa teh tarik yang ori?
ReplyDelete